Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sufian Mohat bergambar bersama pengusaha premis makanan pada program itu. Foto TVS

12 premis makanan di Limbang terima penilaian Gred A

LIMBANG, 29 Okt: Sebanyak 12 daripada 60 buah premis makanan di Limbang menerima penilaian Gred A oleh Majlis Daerah Limbang (MDL) sekali gus menunjukkan peningkatan berbanding tahun lepas.

Wali Kotanya, Kaunselor Sufian Mohat berkata, penilaian Gred A itu adalah hasil dari penilaian dan pematuhan garis panduan dan polisi yang ditetapkan pihaknya melalui pemeriksaan yang dilakukan terhadap premis makanan yang ada di daerah itu.

Pada penilaian sama katanya, sebanyak 17 premis makanan menerima Gred B manakala 11 premis makanan menerima Gred C.

“Kita berbangga kerana berdasarkan laporan dan juga maklum balas daripada pelancong luar, Limbang ini mempunyai restoran yang agak bersih berbanding di tempat lain.

“Kita rasa ini adalah satu satu produk yang kita ketengahkan kepada pelancong- pelancong luar yang berkunjung ke Limbang, kerana kita tahu makanan di Limbang sedap dan antara salah satu pilihan utama kepada mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Program Premis Bersih 2024 di Perpustakaan Awam Limbang hari ini.

Katanya lagi, pihaknya akan mempromosikan kesemua 12 premis makanan Gred A di Limbang kepada pelancong dan pengunjung luar, selain dipromosikan melalui media sosial dan platform MDL.

Beliau mengalak premis makanan Gred C untuk meningkatkan tahap kebersihan premis dari aspek penyediaan makanan dan minuman kepada orang ramai.

Jelasnya, aspek kebersihan amat penting dan perlu dititikberatkan sekali gus meningkatkan kesedaran pengusaha restoran untuk mendapatkan pengiktirafan kepada Gred B dan A.

Katanya lagi, pihaknya juga akan bertindak lebih tegas kepada premis makanan Gred C termasuk memberikan amaran dan teguran selain tidak teragak-agak untuk menarik lesen mereka sekiranya mereka tidak meningkatkan aspek kebersihan hingga mendapatkan Gred A. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan