Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Datuk Len Talif Salleh selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar. Foto Febbright James (TVS)

Tun Wan Junaidi bakal rasmikan masjid baharu Kampung Jerijeh

ByFebbright James

KUCHING, 28 Okt: Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar akan merasmikan Masjid Al-Haj iaitu masjid baharu di Kampung Jerijeh Tanjung Manis pada 1 November ini.

Perkara tersebut dimaklumkan Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Datuk Len Talif Salleh selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Wan Junaidi hari ini.

Menurut Len Talif yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Kuala Rajang, masjid tersebut dibina dengan kos lebih kurang RM7 juta dan mampu menampung seramai 1,000 jemaah.

“Kampung Jerijeh memang sudah ada masjid yang lama berusia lebih 40 tahun. Semua kampung-kampung di N41 sudah dibangunkan masjid yang baru dan Kampung Jerijeh ini merupakan yang terakhir.

“Peruntukkan diberikan di bawah RTP pada mulanya ialah RM4.5 juta namun selepas ada penambahan untuk membina pagar dan lain-lain maka kos keseluruhan untuk membina masjid ini lebih kurang RM7 juta,” katanya.

Tambahnya, masjid tersebut mula dibina pada tahun 2020 dan siap sepenuhnya pada tahun 2023.

Mengulas mengenai majlis perasmian, Len talif memaklumkan pelbagai aktiviti yang akan diadakan kelak kerana ini merupakan kunjungan pertama Wan Junaidi dan isterinya Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi ke Kampung Jerijeh.

“Setelah program perasmian, kita akan ada solat berjemaah yang diimamkan oleh Imam Negeri Sarawak dan khutbah yang disampaikan oleh Mufti Negeri Sarawak.

“Kemudian, Toh Puan akan dibawa ke tempat bertenun di Kampung Kuala Rajang yang terletak kira-kira 15 minit dari masjid tersebut. Kita akan banyak aktiviti sampingan termasuk bersantai di Pantai Belawai sekiranya berkesempatan,” katanya.

Turut hadir dalam kunjungan hormat tersebut ialah Residen Bahagian Mukah Datu Kueh Lei Poh, Pegawai Daerah Tanjung Manis Ismail Bin Kasah, Pegawai Tadbir Khas kepada Datuk Len Talif Salleh Datuk Mazlan Bin Mohamad dan Pengarah Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) Sahibus Siyadah Tuan Haji Mu’al Bin Haji Suaud. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan