Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto AFP

Tinggal hanya seorang doktor di hospital utara Gaza di tengah-tengah serangan Israel

ByBernama

BANDARAYA GAZA , 28 Okt: Hanya seorang doktor yang masih berkhidmat di Hospital Kamal Adwan di utara Gaza selepas petugas perubatan hospital itu ditahan atau dipindahkan oleh tentera Israel, kata Kementerian Kesihatan pada Isnin.

“Di hospital itu kini hanya tinggal seorang pakar pediatrik daripada semua kepakaran yang ada,” lapor Agensi Anadolu memetik kenyataan kementerian.

Kementerian itu merayu kepada pertubuhan antarabangsa supaya segera menghantar pasukan perubatan, termasuk pakar bedah, ke hospital berkenaan untuk membantu merawat pesakit dan mangsa yang cedera.

Pada Jumaat, Pejabat Media Kerajaan Gaza dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengumumkan terputus hubungan dengan kakitangan perubatan di hospital itu selepas serbuan oleh tentera Israel.

Menurut saksi, tentera Israel berundur dari kemudahan perubatan itu pada Sabtu selepas menahan ratusan orang, termasuk petugas perubatan dan pesakit.

Tentera Israel telah melancarkan serangan di utara Gaza sejak 5 Okt lepas dengan mendakwa untuk menghalang Hamas daripada berkumpul semula di tengah-tengah sekatan di kawasan itu. Bagaimanapun, rakyat Palestin menuduh Israel cuba menduduki kawasan itu dan memaksa penduduknya berpindah.

Lebih 1,000 orang telah terbunuh di utara Gaza sejak serangan bermula, menurut Perkhidmatan Pertahanan Awam Palestin.

Serangan itu adalah episod terbaharu kekejaman Israel di Semenanjung Gaza yang telah meragut hampir 43,000 nyawa, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, manakala lebih 100,800 orang lagi cedera sejak 7 Okt tahun lepas, menurut pihak berkuasa kesihatan tempatan.

Serangan Israel telah menyebabkan hampir seluruh penduduk wilayah itu dipindahkan di tengah-tengah sekatan berterusan yang telah menyebabkan kekurangan akut makanan, air bersih, dan ubat-ubatan.

Israel juga menghadapi kes genosid di Mahkamah Keadilan Antarabangsa atas tindakannya di Gaza. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan