Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Manchester United memecat pengurus Erik ten Hag selepas permulaan musim yang mengecewakan. Foto AFP

Ten Hag dipecat sebagai pengurus Manchester United

ByBernama

LONDON, 28 Okt: Manchester United memecat pengurus Erik ten Hag selepas permulaan musim yang mengecewakan, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

United mengalami kekalahan keempat dalam saingan Liga Perdana Inggeris pada Ahad di tangan West Ham United dan kini berada di bahagian bawah jadual liga. Mereka hanya memenangi satu daripada lapan perlawanan terakhir dalam semua pertandingan.

Kenyataan kelab itu berbunyi: “Erik ten Hag telah melepaskan jawatannya sebagai pengurus pasukan utama lelaki Manchester United.

“Erik dilantik pada April 2022 dan telah memimpin kelab ini untuk memenangi dua trofi domestik, termasuk Piala Liga pada 2023 dan Piala FA pada 2024.

“Kami berterima kasih kepada Erik atas segala usahanya semasa bersama kami dan mengucapkan selamat maju jaya untuk masa depannya.

“Ruud van Nistelrooy akan mengambil alih tugas sebagai ketua jurulatih sementara, disokong oleh pasukan kejurulatihan semasa, manakala ketua jurulatih tetap direkrut.” -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan