Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sebuah helikopter EC 725 AP milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dari No 5 Skuadron, Pangkalan Udara Labuan telah digerakkan bagi menghantar barangan keperluan pada hari pertama Misi Bantuan Kemanusiaan dan Bencana (HADR) ke kawasan terjejas di Filipina. Foto TUDM

Taufan Kristine: Helikopter TUDM mula hantar bantuan ke Bicol, Filipina

ByBernama

LABUAN, 28 Okt: Sebuah helikopter EC 725 AP milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dari No 5 Skuadron, Pangkalan Udara Labuan telah digerakkan bagi menghantar barangan keperluan pada hari pertama Misi Bantuan Kemanusiaan dan Bencana (HADR) ke kawasan terjejas di Filipina.

TUDM dalam kenyataan kepada Bernama malam tadi memaklumkan misi itu membabitkan penerbangan pergi balik dari Pangkalan Udara Villamor ke Lapangan Terbang Antarabangsa Bicol dengan membawa tiga unit bot angin beserta enjin sangkut dan sepuluh kotak peralatan menyelamat.

Menurut TUDM, semua barangan yang dihantar adalah untuk kegunaan di kawasan pedalaman dan sekitar bandar Legazpi di Bicol yang terjejas teruk akibat dilanda Taufan Kristine (Trami).

Penerbangan itu dikendalikan oleh Mejar Aslam Hariri dengan dibantu dua kru dan tiga juruteknik pesawat.

Turut serta dalam misi HADR itu Tentera Udara Filipina (PAF) dan Angkatan Tentera Udara Republik Singapura (RSAF).

TUDM akan menyambung misi HADR itu hari ini. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan