Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Hari pertama pengundian awal merekodkan 140,145 undi, hampir 50,000 lebih tinggi daripada undian yang dicatatkan pada hari pertama pada 2020. Foto: AFP

Pilihan Raya Presiden AS: Pengundian awal di New York City catat lonjakan jumlah keluar mengundi

ByBernama

NEW YORK, 28 Okt: New York City mencatatkan peningkatan jumlah keluar mengundi yang tinggi dalam pengundian awal bagi pilihan raya presiden Amerika Syarikat (AS), selari dengan trend umum, lapor Xinhua.

Menurut data yang dikeluarkan Lembaga Pilihan Raya NYC, ketika pusat pengundian ditutup pada Ahad, sejumlah 257,860 penduduk New York menunaikan tanggungjawab masing-masing dalam dua hari pertama pengundian awal, yang bermula pada Sabtu.

Hari pertama pengundian awal merekodkan 140,145 undi, hampir 50,000 lebih tinggi daripada undian yang dicatatkan pada hari pertama pada 2020.

Di beberapa pusat pengundian, pengundi menunggu sehingga 40 hingga 50 minit untuk giliran mereka mengundi.

Pengundian awal di Onondaga, Oneida, Madison, Cayuga dan Cortland County di negeri New York pada Sabtu juga menyaksikan peningkatan ketara dalam jumlah undi awal.

Setakat petang Ahad, AS mencatatkan 41.26 juta undi awal dengan jumlah undian secara fizikal dan undi pos melebihi 20 juta, menurut data yang dikeluarkan oleh Election Lab di Universiti Florida.

Perubahan pendirian Parti Republikan untuk menggalakkan penyokong mengundi awal, berbanding mengkritik kaedah ini empat tahun lalu, dilihat sebagai penyumbang utama kepada jumlah keluar mengundi yang tinggi pada pengundian awal tahun ini.

Pilihan raya presiden AS 2024 dijadualkan berlangsung pada 5 November ini. – TVS

 

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan