Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah ketika berucap pada Majlis Makan Malam Apresiasi SUKMA XXI 2024 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK)

Persiapan singkat bukan penghalang Sarawak jadi tuan rumah terbaik

ByAsmah Adenan

KUCHING, 28 Okt: Sarawak berjaya menjadi tuan rumah terbaik dalam penganjuran acara sukan seperti Sukan Malaysia (SUKMA) XXI walaupun persiapan dalam tempoh singkat.

Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, persiapan Sarawak untuk menganjurkan SUKMA lepas lebih kurang setahun setengah namun kemudahan sukan berjaya disiapkan mengikut jadual.

Menurutnya, cabaran dihadapi Sarawak kerana wilayah ini bukan tuan rumah mengikut giliran namun dipilih disebabkan negeri lain enggan menjadi penganjur.

“Setiap negeri apabila ditanya satu persatu dalam mesyuarat menolak dan tidak sanggup untuk menganjurkannya disebabkan kemudahan sukan tidak mencukupi.

“Atas ihsan dan persetujuan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg maka kita menganjurkan SUKMA.

“Persiapan yang singkat termasuk dari segi logistik yang hanya mengambil masa setahun setengah sahaja,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam Apresiasi SUKMA XXI 2024 di sini, malam tadi.

Menurutnya, maklum balas yang diterima daripada kontinjen terlibat adalah positif kerana kemudahan disediakan adalah terbaik.

“Untuk memastikan semua kontinjen dapat berhubung antara satu sama lain, kita mempertingkat ketersambungan digital untuk memudahkan mereka berhubung,” ujarnya.

Pada majlis sama, Karim menghargai sumbangan semua pihak yang menjayakan penganjuran SUKMA XXI.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan