Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto hiasan Envato

Parlimen Malaysia antara pertama di dunia guna tenaga solar

ByDouglas Elliot

KUALA LUMPUR, 28 Okt: Parlimen Malaysia merupakan institusi perundangan yang pertama di dunia menerapkan penggunaan tenaga bersih daripada solar.

Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul berkata peralihan kepada tenaga boleh diperbaharui itu telah bermula sejak 1 Oktober lalu.

“Kita memang ‘bercakap serupa bikin’ (walk the talk) mengenai hal tenaga hijau ini dan kita rasa amat berbangga.

“Malahan, di Perhimpunan Agung Antara Parlimen ASEAN (AIPA) di Vientiane, kita turut mengajak jiran tetangga yang lain untuk mengikuti jejak langkah Malaysia kerana tidak guna kita luluskan berbagai undang-undang berkaitan jika kita tidak mampu untuk melaksanakannya,” katanya pada sidang media di Dewan Rakyat, hari ini.

Terdahulu semasa mempengerusikan sidang Dewan Rakyat, Johari turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Fadillah Yusof atas inisiatif terbabit.

Dalam sidang berkenaan, menjawab persoalan ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Aminuddin Harun, yang ingin tahu mengenai perancangan kementerian untuk program pendidikan dan kesedaran bagi meningkatkan pemahaman masyarakat mengenai kepentingan peralihan tenaga. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan