Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Lebih 872,000 atau 10.2 peratus daripada ahli aktif Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah membuat caruman secara sukarela tahun ini. Foto fail Bernama

Parlimen: Lebih 872,000 ahli KWSP mencarum secara sukarela

ByDouglas Elliot

KUALA LUMPUR, 28 Okt: Lebih 872,000 atau 10.2 peratus daripada ahli aktif Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah membuat caruman secara sukarela tahun ini.

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying, berkata angka ini telah menyumbang kepada caruman berjumlah RM9.39 bilion setakat 31 Ogos.

“KWSP membenarkan individu untuk berdaftar dan mencarum secara sukarela seawal usia 14 tahun.

“Caruman sukarela ini boleh dibuat pada bila-bila masa melalui saluran aplikasi mudah alih, perbankan internet, BSN, kaunter ejen bank, dan kaunter KWSP,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, hari ini.

Hui Ying berkata demikian dalam menjawab soalan tambahan daripada Ahli Parlimen Bukit Bendera Syerleena Abdul Rashid mengenai inisiatif KWSP bagi meningkatkan semula simpanan ahli.

Ujarnya, langkah ini adalah sebahagian daripada usaha KWSP untuk menggalakkan simpanan dan memanfaatkan gandaan dividen lebih awal.

“Walaupun mereka yang berusia di bawah 16 tahun biasanya tidak bekerja secara formal, mereka boleh membuat caruman sendiri atau caruman daripada pihak lain (seperti ibu bapa) ke dalam akaun KWSP.

“Caruman sukarela adalah tertakluk kepada had maksimum RM100,000 setahun,” katanya lagi.

Dalam masa yang sama, Hui Ying juga memaklumkan setakat Ogos 2024, 263,000 atau 3.3 peratus daripada jumlah ahli aktif formal KWSP telah mendaftar untuk membuat caruman melebihi kadar berkanun 11 peratus bagi caruman pekerja. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan