Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Digital, Gobind Singh Deo. Foto fail Bernama

Parlimen: Industri permainan digital catat hasil jualan, eksport lebih RM45 juta

ByDouglas Elliot

KUALA LUMPUR, 28 Okt: Industri permainan digital di Malaysia telah mencatatkan hasil jualan dan eksport yang memberangsangkan iaitu sebanyak RM45 juta.

Menteri Digital, Gobind Singh Deo, berkata pembangunan industri ini juga disokong kerajaan melalui Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) menerusi dana berjumlah RM163 juta bagi tempoh 2014 hingga 2024.

“Industri permainan digital di Malaysia memiliki potensi yang besar untuk dimajukan melalui sokongan kerajaan dalam akses pasaran, inkubator, persidangan, bengkel, program upskilling dan reskilling dan lain-lain.

“Sehingga kini, sejumlah 60 buah projek telah diluluskan oleh MDEC dengan jumlah keseluruhan dana sebanyak RM36.7 juta bagi pembangunan permainan digital, meliputi platform komputer, konsol dan mudah alih,” katanya dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat, hari ini.

Menurutnya, bagi meningkatkan promosi dan pemasaran permainan digital tempatan, MDEC telah menyediakan platform dan peluang bagi syarikat-syarikat untuk meneroka akses pasaran.

“Antara pasaran permainan digital yang sering disertai termasuk Games Developer Conference di Amerika Syarikat, Tokyo Game Show di Jepun, China Joy di China dan Gamescom di Eropah,” katanya.

Sementara itu, Gobind juga memberitahu bahawa animasi turut menjadi salah satu komponen penting dalam produksi permainan digital.

“Terdapat beberapa syarikat animasi telah berjaya di dalam bidang ini, dan salah satu daripadanya adalah syarikat Kucingko Berhad yang telah menjadi syarikat produksi animasi tempatan pertama yang disenaraikan di Bursa Malaysia pada bulan Julai 2024,” ujarnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan