Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Industri biojisim negara dijangka akan menjana ekonomi bernilai RM17 bilion dan pelaburan sebanyak RM7 bilion. Foto hiasan Envato

Parlimen: Industri biojisim diunjur jana RM17 bilion menjelang 2030

ByDouglas Elliot

KUALA LUMPUR, 28 Okt: Industri biojisim negara dijangka akan menjana ekonomi bernilai RM17 bilion dan pelaburan sebanyak RM7 bilion dalam tempoh enam tahun lagi.

Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata sektor itu juga dijangka dapat mewujudkan sebanyak 33,000 peluang pekerjaan baharu.

“Penerapan konsep ekonomi kitaran dalam sektor agrikomoditi berpotensi memberi negara peluang untuk mengurangkan pelepasan gas rumah hijau (GHG) sambil meningkatkan kecekapan operasi untuk menjana pulangan yang lebih tinggi kepada ekonomi negara.

“Hal ini seiring dengan komitmen negara terhadap agenda kemampanan global,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam membalas soalan Ahli Parlimen Dungun, Wan Hassan Mohd Ramli yang ingin tahu mengenai inisiatif kerajaan dalam memanfaatkan biojisim daripada sektor agrikomoditi.

Jelas beliau, kementeriannya melalui Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) secara konsisten melaksanakan aktiviti kajian dan penyelidikan (R&D) dalam teknologi hijau.

“Aktiviti R&D ini bertujuan mengenal pasti bahan sisa sawit yang sebelum ini dianggap sebagai bahan buangan untuk diintegrasikan semula ke dalam nilai rantaian sejajar dengan konsep ekonomi kitaran.

“Sebagai contoh, empty fruit bunch (EFB), mesocarp fibre dan palm kernel shell merupakan sisa biojisim sawit yang boleh menjana tenaga boleh diperbaharui. Bahan sisa ini akan dibakar di dalam dandang
(boiler) dan wap yang dihasilkan dapat menggerak turbin untuk menjana tenaga elektrik yang dapat dimanfaatkan semula dalam kilang sawit,” tambahnya.

Dalam pada itu, Johari juga menggalakkan Kerajaan Negeri untuk menghasilkan bahan makanan ternakan daripada sisa-sisa bahan buangan seperti kelapa sawit.

“Kami mengalu-alukan kerjasama dengan mana-mana kerajaan negeri untuk mengurangkan kebergantungan import bahan makanan ternakan dalam industri berkenaan melalui produk tersebut,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan