Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Orang ramai boleh mula menonton dokumentari khas mengenai Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 Sultan Ibrahim pada 8 malam tadi.

Orang ramai boleh mula tonton dokumentari khas Istiadat Pertabalan YDPA ke-17

ByBernama

KUALA LUMPUR, 28 Okt: Orang ramai boleh mula menonton dokumentari khas mengenai Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 Sultan Ibrahim pada 8 malam tadi.

Dokumentari khas bertajuk Takhta Raja Payung Negara: Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 berdurasi 38.05 minit itu disiarkan di platform rasmi YouTube Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Menurut hantaran di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, dokumentari itu memberi tumpuan kepada detik-detik bersejarah upacara pertabalan, aspek budaya, tradisi serta persiapan di sebalik peristiwa penting itu.

“Istiadat ini juga menonjolkan warisan institusi Diraja Malaysia, dengan setiap elemen majlis pertabalan dirancang dengan teliti, melambangkan kedaulatan dan kedudukan Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara Malaysia,” katanya.

Menerusi dokumentari itu, rakyat dapat melihat lebih dekat proses, persiapan dan keunikan istiadat berkenaan sekali gus memberi penghormatan kepada adat Istiadat Diraja yang diamalkan sejak turun-temurun.

Dokumentari itu diterbitkan oleh Johor Royal Press Office dengan kerjasama Unit Komunikasi Korporat Istana Negara. -TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan