BINTULU, 28 Okt: Mayat pemuda yang lemas selepas jatuh sungai di Jalan Sungai Ngigu di sini malam Sabtu ditemui pasukan mencari dan menyelamat (SAR) pagi tadi.
Komander Operasi, Shukri Salleh berkata, mayat Ilron Dennis,21, dijumpai pada jarak 300 meter dari lokasi mangsa terjatuh pada jam 9.59 pagi.
“Mayat mangsa dibawa ke darat untuk sesi pengecaman dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya, dengan penemuan mayat tersebut operasi SAR ditamatkan sepnunnya pada jam 10.43 pagi.
Pihak bomba menerima panggilan berhubung kes itu jam 7.43 malam Sabtu dengan menggerakkan 11 anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu ke lokasi kejadian.
Mangsa Ilron telah terjatuh ke dalam sungai di antara jeti dan tongkang pasir berhampiran jeti.- TVS