Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Matthew Dominic Barin (tengah) dan petugas KPDN serta wakil BS Supermart Sdn Bhd mengadakan sidang media selepas tinjauan harga sempena SHMMP Deepavali 2024 di BS Supermart, Kuching, hari ini. Foto Jazni Hanif (TVS)

Lapan barangan diwartakan bagi pelaksanaan SHMMP Deepavali di Sarawak

ByBong Yi Sien

KUCHING, 28 Okt: Sebanyak lapan jenis barangan harga terkawal diwartakan di Sarawak bagi pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) sempena perayaan Deepavali berkuatkuasa selama tujuh hari mulai 28 Oktober hingga 3 November ini.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sarawak Matthew Dominic Barin berkata, lapan jenis barangan tersebut ialah daging kambing biri-biri bertulang import, tomato, cili merah, kelapa biji (harga maksimum di peringkat borong sahaja), kelapa parut (harga maksimum di peringkat runcit sahaja), bawang merah kecil (India) termasuk Ros, bawang merah besar import dan kacang dal (Australia).

Menurutnya, KPDN Sarawak mengerakkan 214 pegawai penguatkuasa dan 97 pegawai pemantau harga di lokasi strategik seluruh Sarawak bagi mengesan ketidakpatuhan atau menyiasat aduan pengguna.

“Ini bertujuan untuk memastikan agar mana-mana ketidakpatuhan oleh peniaga diambil tindakan mengikut Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011,” katanya kepada media selepas mengadakan tinjauan di BS Supermart Sin Bhd Jalan Depo Kuching, hari ini.

Jelasnya, KPDN Sarawak turut akan mempertingkatkan keberadaan anggota-anggota penguatkuasa dan pegawai pemantau harga di lokasi-lokasi yang menjadi tumpuan pengguna bagi mewujudkan persekitaran perniagaan dan beli-belah yang selamat dan beretika.

“Bahagian Penguatkuasa KPDN Sarawak telah menjalankan pemeriksaan ke atas 67,550 premis sejak 1 Januari sehingga 27 Oktober tahun ini.

“Pemeriksaan itu menghasilkan 746 kes dengan nilai kompaun RM228,700 dengan anggaran nilai sitaan berjumlah RM22.29 juta,” ujarnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan