Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kejuaraan Silat Tanding Jemputan Gayong Sarawak Edisi ke-5 berlangsung pada 23 hingga 26 Oktober 2024 bertempat di Cityone Event Hall, Kuching

Kejuaraan Silat Tanding lahir juara silat masa depan

ByWilly Jali

KUCHING, 28 Okt: Kejuaraan Silat Tanding Jemputan Gayong Sarawak edisi ke-5 berupaya menjadi platform terbaik melahirkan bakat baharu serta juara silat masa depan.

Menerusi satu kenyataan, PSSG Sarawak menjadikan kejohanan tersebut diadakan dengan matlamat melahirkan pesilat yang mahir dan berdaya saing dan boleh terus mewakili Sarawak serta Malaysia di peringkat antarabangsa.

“Kejuaraan yang dianjurkan oleh Pertubuhan Silat Seni Gayong Sarawak (PSSG Sarawak) ini bertujuan untuk mempamerkan bakat pesilat dari seluruh Sarawak dan negara jemputan lain dengan penyertaan dari lapan bahagian di Sarawak, Semenanjung Malaysia dan Sabah,” menurut kenyataan itu.

Uniknya, Silat Gayong merupakan seni bela diri yang bukan sahaja menekankan aspek ketahanan fizikal tetapi juga ketangkasan mental dan rohani.

Selain itu, ia bertunjangkan kepada budaya dan tradisi Melayu serta memiliki unsur seni perang yang diwarisi turun-temurun.

Kejohanan itu turut menjadi anjakan paradigma yang proaktif untuk mengangkat dan memartabatkan seni persilatan dalam kalangan peserta.

“Kejohanan ini bukan sekadar pertandingan tetapi juga bertujuan untuk menanam minat generasi muda terhadap seni persilatan serta memastikan seni ini terus diwarisi dan dihargai,” tambah kenyataan itu.

Sejak diperkenalkan pada tahun 2019, kejohanan yang memasuki edisi ke-5 itu telah menarik penyertaan seramai lebih 500 pesilat.

Antara pasukan bertanding adalah Segamat Elite Team (Johor), Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU), Universiti Malaysia Sabah (UMS), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang serta pasukan dari bahagian Pertubuhan Silat Seni Gayong Sarawak seperti Kuching, Samarahan, Serian, Sri Aman, Betong, Sarikei, dan Miri.

Kejohanan yang berlangsung pada 23 hingga 26 Oktober 2024 bertempat di Cityone Event Hall, Kuching itu telah dirasmikan Naib Presiden 1, Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA) merangkap Yang di-Pertua Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia Kebangsaan, Tuan Guru Mohd Faid Musa.

Pada kejohanan edisi kali ini, sebanyak 90 kategori dipertandingkan bagi silat tanding dan silat seni dan terdapat 302 perlawanan disajikan kepada penonton.

Dalam pada itu, kejohanan turut mempertandingkan pelbagai kategori yang disertai peserta berumur seawal empat tahun hingga 45 tahun bagi memberikan platform kepada para atlet untuk menunjukkan bakat dan potensi mereka dalam seni persilatan.

Dengan 31 emas, kejohanan menyaksikan pasukan Kuching Fighters mengungguli edisi kali ini

Sementara itu, naib johan berjaya diraih pasukan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) dengan 14 pingat emas.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan