KUALA LUMPUR, 28 OKT: Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) optimis memperkasa peralihan tenaga dan kelestariannya merangkumi kesesuaian setiap lapisan masyarakat.
Menterinya, Datuk Seri Fadillah Yusof memetik contoh inisiatif pemerkasaaan bagi golongan B40 adalah mereka berpeluang menikmati Program Rebat Bil Elektrik RM40.
“Jadi kita tidak memberikan pengkhususan meletakkan solar di atas bumbung sebab penggunaan mereka agak kecil…jika mereka melabur (membeli) solar maka ia tidak memberi pulangan yang baik.
“Oleh itu kita menyediakan rebat kepada mereka dan tidak memberikan fokus untuk mereka meletakkan solar di atas bumbung,” katanya katanya dalam sidang Dewan Rakyat di sini, hari ini.
Timbalan Perdana Menteri itu seterusnya menggalakkan syarikat yang menggunakan panel solar dalam perusahaan mengitar semula panel PV solar yang sudah tamat tempoh.
Beliau mencadangkan agar inisiatif berkenaan dilaksanakan turut mengambil kira pematuhan kelestarian alam sekitar.
“Kalau kita belajar daripada negara China yang sekarang ini mengitar semula lebih kurang 80 peratus peralatan daripada panel PV solar di kitar semula,” katanya.
Justeru ini, beliau berkata kerajaan juga bakal menekankan keperluan dan perolehan ekonomi terhadap inisiatif pengurusan kitar semula panel PV solar yang sudah tamat tempoh selepas ini.