Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Bekas Presiden Bolivia Evo Morales mendakwa pada Ahad bahawa beliau terselamat daripada cubaan membunuh ketika penyerang bersenjata yang tidak dikenali melepaskan tembakan ke arah kenderaannya. Foto AFP

Bekas Presiden Bolivia dakwa terselamat daripada cubaan bunuh

ByBernama

ISTANBUL, 28 Okt: Bekas Presiden Bolivia Evo Morales mendakwa pada Ahad bahawa beliau terselamat daripada cubaan membunuh ketika penyerang bersenjata yang tidak dikenali melepaskan tembakan ke arah kenderaannya.

Menurut Agensi Anadolu, Morales memuat naik sebuah video di media sosial yang kelihatan menunjukkan kesan tembakan pada keretanya serta seorang pemandu yang cedera.

Beliau mendakwa empat individu bertopeng berpakaian serba hitam dan bersenjata keluar daripada dua kenderaan dan mula melepaskan tembakan awal pagi tadi.

Morales turut mendakwa insiden itu berlaku ketika beliau dalam perjalanan untuk mengendalikan program tetap hari minggunya.

Serangan yang didakwa itu berlaku di tengah-tengah ketegangan politik yang semakin memuncak di Bolivia, dengan Morales yang memimpin negara itu dari 2006 hingga 2019, sedang menggerakkan penyokongnya selepas dihalang daripada bertanding semula dalam pilihan raya akan datang berikutan keputusan mahkamah perlembagaan.

Pihak berkuasa Bolivia masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai kejadian itu. -TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan