Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seramai 11 lelaki warganegara tempatan dan dua lelaki warganegara asing ditahan kerana disyaki terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah di sekitar Miri. Foto IPD Miri

13 lelaki ditahan terlibat penyalahgunaan dadah di Miri

MIRI, 28 Okt: Sepasukan pegawai dan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri telah menahan 11 lelaki warganegara tempatan dan dua lelaki warganegara asing kerana disyaki terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah di sekitar Miri pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Alexson Naga Chabu berkata, kesemua suspek yang ditahan berusia lingkungan 27 hingga 56 tahun.

“Dalam serbuan pertama semasa pemeriksaan dijalankan di dalam sebuah bilik di kawasan Sungai Baong, serbuan telah menjumpai dan merampas barang disyaki dadah jenis syabu berjumlah 30 gram.

“Nilai rampasan barang disyaki dadah dianggarkan bernilai RM3,300. Kes ini disiasat di bawah Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, dalam serbuan kedua, semasa pemeriksaan dijalankan di sekeliling sebuah bilik di kawasan Sungai Baong, pasukan serbuan telah menjumpai dan merampas barang disyaki dadah jenis syabu berjumlah 1.71 gram.

“Nilai rampasan barang disyaki dadah dianggarkan jumlah bernilai RM188.10.Kes ini disiasat di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Jumlah kesemua rampasan kedua-dua kes dianggarkan bernilai RM3,488.10. Kesemua suspek telah dibawa ke Mahkamah Miri untuk permohonan reman bagi membantu siasatan,” ujarnya.

Alexson turut menasihati orang awam yang mempunyai maklumat mengenai aktiviti penyalahgunaan dadah untuk segera melaporkannya ke balai polis berhampiran agar aktiviti ini dapat dibendung dan dibanteras bersama. -TVS

Tags: dadah, lelaki, Miri

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan