Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Penerbit Aroma Puncak Borneo Saiem Mohammad menerima anugerah khas juri pada Anugerah Seri Angkasa 2024. Foto: TVS

Program TVS terima Anugerah Khas Juri ASA 2024

ByHafeezzur Muzamir

PUTRAJAYA, 27 Okt: Stesen televisyen milik Kerajaan Sarawak, TVS berjaya menempah nama sebagai salah satu pemenang dalam Anugerah Seri Angkasa 2024 semalam dengan merangkul Anugerah Khas Juri menerusi program Aroma Puncak Borneo.

Kemenangan cukup bermakna itu menyaksikan penerbitnya, Saiem Mohammad berjaya membawa pulang trofi, wang tunai RM8,000 dan barangan kemas bernilai RM20,000 tajaan Habib Jewels Sdn. Bhd.

“Terima kasih kepada TVS kerana tidak putus-putus memberi peluang kepada kami. Saya sebagai pencipta kandungan dari Borneo mengangkat cerita di sana, kalau bukan kami, siapa lagi.

“Bak kata stesen TV lain, kami kecil, tetapi kami ada (pencapaian), “ katanya pada Majlis Anugerah Seri Angkasa 2024, di sini, pada Sabtu.

Anugerah itu disampaikan oleh Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dan Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Datuk Mohamad Fauzi Md Isa di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Sarawak Media Group (SMG), Kushairi Abang berkata, TVS komited untuk terus mengetengahkan bakat anak Sarawak dalam menghasilkan karya dengan kualiti yang tinggi.

“Tahniah kepada semua yang terlibat, TVS memberi peluang kepada anak-anak Sarawak yang betul-betul serius untuk berkarya dan menampilkan kreativiti masing-masing.

“Beginilah bagaimana stesen televisyen boleh memberi peluang untuk anak Sarawak berkarya, tetapi ia perlu dilakukan dengan prosedur dan garis panduan yang betul,” katanya.

ASA 2024 merupakan inisiatif Kementerian Komunikasi telah mempertandingkan 60 kategori bagi mengiktiraf penggiat industri kreatif di sebalik tabir dan memartabatkan bidang penyiaran tanah air. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan