Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Stephen Rundi Utom (dua kanan) menyampaikan cek kepada pemenang Pertandingan Inovasi dan Pembangunan Produk Makanan sempena Karnival Balau Dalat 2024. Foto TVS

Petani dan pekebun berjaya harus uruskan kejayaan sebaik mungkin

DALAT, 27 Okt: Petani dan pekebun yang sudah berjaya harus mengekalkan pencapaiannya dan tahu cara menguruskan kejayaan tersebut dengan sebaik mungkin.

Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Dato Sri Stephen Rundi Utom berkata, ia bagi memastikan kejayaan tersebut kekal dan berterusan.

“Bila sudah berjaya kita terpaksa mengurus untuk mengekalkan kejayaan itu, ia adalah perkara yang sukar apabila anda sudah mencapainya.

“Kerana orang susah boleh menjadi senang, tetapi jika dah senang dan tak boleh menguruskan kesenangan tersebut, kita boleh jadi lebih susah daripada keadaan sebelum kita senang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Penangguhan Karnival Balau Dalat 2024 di Tebingan Dalat pada Ahad.

Tambahnya, para pekebun dan petani yang maju dan berjaya adalah mereka yang mempunyai pemikiran menganggap bidang tersebut adalah kerjaya dan perusahaan yang menguntungkan.

Namun katanya, mereka harus mengambil peluang mempelajari segala ilmu berkaitan yang terkini dan berubah daripada cara lama agar memberi impak kepada hasil pertanian.

Katanya lagi, para petani masa kini ada yang yang mampu meraih lebih daripada RM6,000 sebulan bagi pendapatan seisi keluarga melebihi sasaran Kerajaan Sarawak bagi pendapatan golongan tersebut.

“Saya berharap pada masa akan datang, tiada lagi golongan keluarga dalam kategori kumpulan B40 daripada kawasan luar bandar yang mengusahakan bidang pertanian,” jelasnya.

Dalam pada itu, Rundi berkata melalui Karnival Balau Dalat, pelbagai idea dapat diketengahkan dalam pembangunan industri sagu yang memberi manfaat kepada pengusaha.

“Idea ini bukan hanya terhenti di sini, ia akan diteruskan kepada sesuatu yang dapat memberikan pulangan.

“Kita buat audit bagi karnival ini untuk melihat impaknya dari segi perolehan pendapatan, kalau kurang kita kaji puncanya, kalau lebih kita kongsikan kepada yang lain bagaimana kita melakukan sedemikian,” katanya.

Karnival Balau Dalat 2024 bertemakan ‘Sagu untuk Keterjaminan Makanan, Tenaga Boleh Diperbaharui dan Kesejahteraan Komuniti’ dianjurkan oleh Lembaga Pembangunan Sagu dan Nipah (SNDB) dengan kerjasama CRAUN Research Sdn. Bhd dan Pejabat Daerah Dalat.

Pada majlis tersebut juga, CRAUN Research Sdn Bhd (CRAUN) dan Sarawak Skills telah mengadakan pertukaran memorandum persefahaman (MOU) bertujuan menjalin kerjasama dalam meningkatkan kemahiran pemain industri sagu dan nipah melalui program latihan teknikal serta kerjasama lain dimasa hadapan.

Turut hadir Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balingian Abdul Yakub Arbi, Residen Bahagian Mukah, Datu Kueh Lei Poh dan Pengurus Besar Lembaga Pembangunan Sagu dan Nipah (SNDB) Sarawak, Zaidell Hussaini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan