Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Presiden PRS, Datuk Joseph Salang ketika ditemui TVS pada Majlis Makan Malam Ulang Tahun ke-20 PRS di sebuah hotel pada Sabtu. Foto Willy (TVS)

Persempadanan semula DUN: PRS harap diberi peruntukan kerusi baharu

ByWilly Jali

KUCHING, 27 Okt: Parti Rakyat Sarawak (PRS) berharap kerusi baharu yang disediakan di kawasan luar bandar semasa persempadanan semula bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) akan datang dapat diperuntukkan kepada parti tersebut.

Menurut Presiden PRS, Datuk Joseph Salang Gandum, bilangan kerusi baharu yang diperuntukkan itu tidak hanya diberikan kepada PRS sahaja, namun ia turut mewakili komuniti luar bandar supaya projek atau perkhidmatan dapat dijalankan dan disampaikan dengan lebih mudah.

“Pada masa ini, (kawasan luar bandar) terlalu luas dan tidak mendapat peruntukan yang sewajarnya bebanding mereka yang lebih dekat dengan kawasan bandar. Jika PRS kelihatan sangat ‘degil’, ini kerana kami mahu (berkhidmat secara berkesan) kepada komuniti.

“Kami tidak meminta semua kerusi baharu yang diwujudkan itu diberikan kepada PRS sahaja, tetapi (kerusi baharu) yang mewakili komuniti luar bandar supaya projek atau perkhidmatan dapat dijalankan serta disampaikan dengan lebih mudah,” katanya ketika ditemui TVS pada Majlis Makan Malam Ulang Tahun ke-20 PRS di sebuah hotel pada Sabtu.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan bahawa persempadanan semula kawasan pilihan raya perlu dilakukan di Sarawak memandangkan kali terakhir dilakukan lapan tahun lalu iaitu pada 2015.

Tegas Salang, PRS akan mempertahankan semua kerusi yang ditandingi oleh parti itu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan datang.

PRS kini mewakili 12 kerusi negeri, iaitu Balai Ringin, Bukit Begunan, Batang Ai, Ngemah, Tamin, Kakus, Pelagus, Bukit Goram, Baleh, Belaga, Murum dan Samalaju.

Kerusi parlimen yang secara tradisi ditandingi oleh PRS adalah Sri Aman, Lubok Antu, Julau, Kanowit, Selangau, dan Hulu Rajang.

Selain itu, beliau berharap komponen dalam Gabungan Parti Sarawak (GPS) dapat membantu PRS memenangi kerusi-kerusi ini.

Justeru, ahli dan pemimpin PRS di kawasan (bukan) PRS turut diminta untuk membantu komponen GPS yang lain. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan