Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Mangsa telah melakukan beberapa transaksi wang secara berperingkat ke dalam akaun bank yang diberikan oleh suspek berjumlah RM390,000. Foto hiasan: Envato

Pengarah syarikat kerugian RM390,000 terpedaya pelaburan tidak wujud

KUCHING, 27 Okt: Seorang pengarah syarikat kerugian RM390,000 selepas terpedaya dengan pelaburan tidak wujud di laman media sosial.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mancha Ata berkata, mangsa berusia 70-an pada pertengahan Mac 2024 telah melihat satu iklan pelaburan di laman media sosial facebooknya semasa berada di pejabat.

“Dia menekan pautan dan masuk ke dalam group whatsapp pelaburan tersebut.

“Selepas itu, suspek yang berperanan sebagai group admin telah menerangkan kepada mangsa berkaitan pelaburan yang menjanjikan keuntungan tinggi,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, ini menyebabkan mangsa berminat dengan tawaran lalu berurusan melalui aplikasi Whatsapp.

“Mangsa telah melakukan beberapa transaksi wang secara berperingkat ke dalam akaun bank yang diberikan oleh suspek berjumlah RM390,000.

“Mangsa telah menyedari dirinya ditipu apabila mangsa tidak menerima pulangan keuntungan daripada pelaburan tersebut,” jelasnya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan