Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg semasa Majlis Perasmian Penutup Karnival Lembaga Pembangunan Bandar (UDA) 2024 di sini hari ini.

Pembangunan lapangan terbang Sarawak tarik minat pelabur luar

KUCHING, 27 Okt: Langkah proaktif Sarawak membangunkan lapangan terbang menggunakan dana sendiri menarik minat pelabur luar untuk turut serta, kata Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Beliau berkata lapangan terbang baharu Sarawak itu akan menginspirasikan model lapangan terbang Abu Dhabi dan Doha serta berkonsepkan “seamless” dan teknologi terkini.

“Ini akan menjadikan Sarawak sebagai hab penerbangan moden yang boleh menarik lebih banyak pelaburan dengan menawarkan kemudahan serba digital dan cekap, memudahkan proses seperti daftar masuk (check-in) dan imigresen dengan teknologi moden.

“Konsep ini mempercepat pergerakan penumpang, menjadikannya lebih selesa bagi pelawat dan pengguna yang sentiasa berulang-alik,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Penutup Karnival Lembaga Pembangunan Bandar (UDA) 2024 di sini hari ini.

Abang Johari berkata lapangan terbang baharu itu dijangka mampu menampung kapasiti hingga 15 juta penumpang sekali gus merancakkan industri perhotelan dan ekonomi tempatan.

Langkah mengambil alih MASwings dan membina lapangan terbang baharu membolehkan Sarawak menembusi pasaran Asia Selatan dan Timur yang mempunyai lebih tiga bilion penduduk.

Beliau berkata landskap Dubai di Emiriyah Arab Bersatu telah berubah menjadi lebih maju dalam tempoh 25 tahun dan Sarawak juga mampu berbuat demikian.

“Dubai hanya bergantung pada keterhubungan. Sarawak pula mempunyai daya tarikan semula jadi, kita bukan sahaja fokus pada Sarawak atau Malaysia tetapi melihat peluang di peringkat global,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan