Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kemalangan membabitkan kereta Perodua Kembara dan Motosikal berkuasa tinggi. Foto JBPM

Pemandu, penunggang motosikal maut

PAPAR, 27 Okt: Seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi maut selepas terperosok di bawah kereta terbalik dalam kemalangan di Jalan Lama, Kampung Purak, di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi itu, kemalangan turut mengorbankan pemandu kereta Perodua Kembara yang berusia 75 tahun akibat kecederaan parah.

Difahamkan, kemalangan berlaku apabila Perodua Kembara dikatakan cuba membuat pusingan U di lokasi kejadian sebelum dirempuh motosikal yang ditunggang lelaki berusia 34 tahun.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Papar, Rozlan Osman berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian berkenaan pada jam 9.20 pagi.

Katanya, sepasukan 10 anggota dan pegawai bersama jentera serta Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) terus dikerah ke lokasi kejadian untuk membantu.

“Pemandu kenderaan masih berada di dalam kenderaan dan pasukan bomba terpaksa memotong tali pinggang keledar untuk mengeluarkan mangsa.

“Manakala penunggang motosikal masih berada di bawah kenderaan terbalik dan terus dikeluarkan untuk diperiksa pasukan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang turut hadir membantu di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan media, semalam.

Rozlan berkata, kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Katanya, pemandu Perodua Kembara, dikenali sebagai Lidinus Jusim @ John Jusim Majanun, manakala penunggang motosikal adalah Muhamad Eqzhamsyah Jinol.

“Pasukan operasi kemudiannya menjalankan pemeriksaan lanjut bagi memastikan tiada lagi kemerbahayaan lain sebelum operasi ditamatkan pada jam 10.32 pagi,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan