Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Presiden Indonesia, Prabowo Subianto ketika memberi arahan kepada Kabinet Merah Putih dalam aktiviti perkhemahan di Akademi Tentera Magelang, Jawa Tengah. Foto: Biro Pers Istana

Nusantara jadi program keutamaan Prabowo, pembinaan siap dalam tempoh empat tahun

JAKARTA, 27 Okt: Presiden Indonesia, Prabowo Subianto menyasarkan pembinaan Ibu Kota Nusantara di Penajam Paser, Kalimantan Timur siap dalam tempoh empat tahun.

Beliau berkata demikian ketika memberi arahan kepada Kabinet Merah Putih dalam aktiviti perkhemahan di Akademi Tentera Magelang, Jawa Tengah bagi menyelaras visi anggota kabinet.

Di hadapan kakitangannya, Prabowo memberi taklimat mengenai pembinaan Ibu Kota Nusantara yang telah dirasmikan oleh presidennya sebelum ini Joko Widodo.

“Kemampanan Nusantara tidak sepatutnya timbul persoalan lagi kerana ia sudah bermula dan akan berterusan, malah kita akan cuba menyiapkan pembinaan IKN dalam tempoh empat tahun,” katanya.

Prabowo meminta Pihak Berkuasa (Otoritas IKN) menyiapkan pembinaan bangunan undang-undang dan kehakiman di IKN semasa pentadbirannya.

Bukan itu sahaja, surat Keputusan Presiden (Keppres) berhubung perpindahan dari Jakarta ke Nusantara tengah dikajinya dan akan ditandatangani apabila ia akan menjadi program kerja 100 hari beliau.

Beliau juga menyebut akan melawat Nusantara dalam masa terdekat bersama jemaah menteri. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan