Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Fatimah Abdullah (kanan) menerima cenderamata daripada Pengurus Besar Lembaga Pembangunan Sagu dan Nipah (SNDB) Sarawak Zaidell Hussaini disaksikan Dato Sri Stephen Rundi Utom (dua kiri). Foto: TVS

Kompleks Pembangunan Industri Sagu perluas potensi rumbia di Dalat

DALAT, 27 Okt: Kompleks Pembangunan Industri Sagu wajar diwujudkan di Dalat selaras dengan potensi industri rumbia atau sagu yang semakin berkembang di daerah tersebut

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, daerah Dalat telah menyumbang lebih 50 peratus pengeluaran rumbia di Sarawak.

“Berdasarkan statistik, Bahagian Mukah menyumbang sebanyak 84.13 peratus daripada keseluruhan anggaran keluasan tanah rumbia di Sarawak. Daripada jumlah tersebut, daerah Dalat menyumbang sebanyak 53.04 peratus,

“Dari segi bilangan ahli pekebun kecil berdaftar yang bergiat dalam industri ini ialah sebanyak 1493 orang.Jadi ini merupakan satu industri dan satu perusahaan yang sangat penting bagi penduduk Bahagian Mukah terutamanya Dalat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penangguhan Karnival Balau Dalat 2024 di Tebingan Dalat pada Ahad.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dalat itu berkata, Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg telah bersetuju untuk menempatkan Kompleks Pembangunan Industri Sagu di daerah Dalat.

Katanya, kompleks tersebut akan mempunyai lima seksyen yang merangkumi bahagian pembangunan pekebun kecil, pembangunan usahawan, bahagian pembangunan, perlesenan serta penguatkuasaan dan kawalan kualiti.

“Dengan adanya bahagian-bahagian tersebut, semua perkara berkaitan sagu ataupun rumbia termasuk kawalan harga mudah untuk dibincangkan,” jelasnya

Menyentuh Karnival Balau Dalat 2024, Fatimah memberitahu dengan adanya pengisian ‘town hall’, pihak penggiat industri sagu dapat mendengar luahan pekebun kecil sekali gus memberi penerangan kepada mereka.

Majlis penangguhannya telah dirasmikan oleh Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Dato Sri Stephen Rundi Utom.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan