Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Johari Tun Openg semasa Majlis Perasmian Penutup Karnival UDA 2024 di Tapak Projek Neu Pendington Kuching pada Ahad. Foto Nadim Bokhari (TVS)

Kerjasama UDA, SEDC perkasa usahawan tempatan melalui Karnival UDA 2024 Sarawak

ByWilly Jali

KUCHING, 27 Okt: Hubungan kerjasama antara UDA Holdings Berhad (UDA) dengan Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) disifatkan berupaya memperkasakan dan menyantuni usahawan tempatan melalui Karnival UDA 2024 Sarawak.

Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif UDA, Datuk Mohd Salem Kailany, kerjasama rapat yang terjalin antara agensi itu dengan SEDC telah membantu menjayakan agenda tersebut.

“UDA ingin berterima kasih kepada SEDC atas kolaborasi penganjuran Karnival UDA 2024 di Sarawak yang akan berakhir hari ini dan juga merupakan penutup siri jelajah Karnival UDA yang telah berlangsung di tiga lokasi dari Julai hingga Oktober 2024.

“Menariknya kali ini, sempena Karnival UDA 2024 Sarawak, UDA bekerjasama dengan Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC). Kebanyakan usahawan PMKS tempatan dibawa oleh SEDC dan kerajaan Sarawak seterusnya mencapai objektif utama iaitu menyantuni usahawan tempatan,” katanya pada Majlis Perasmian Penutup Karnival UDA 2024 di Tapak Projek Neu Pendington Kuching pada Ahad.

Mengulas mengenai sektor perniagaan hartanah, beliau memaklumkan penglibatan UDA menerusi UDA Land (Sarawak) Sdn Bhd yang bermula pada tahun 2022 melalui kerjasama dengan SEDC merupakan usaha dalam pembangunan Neu Pendington Kuching.

Keunikan nama Neu Pendington, iaitu ‘Neu’ membawa maksud pembaharuan dan ‘Pendington’ diilhamkan dari nama asal kawasan ‘Pending’ serta gabungan nama diinspirasikan dari nama tempat ‘Paddington’ di London, England.

Menurutnya lagi, projek pembangunan berfasa itu yang terletak di lokasi strategik dan bakal dilengkapi dengan stesen Transit Aliran Autonomi (ART) akan meningkatkan daya tarikan kepada pembeli dan pelabur kerana sebuah pusat beli-belah serta hotel 12 tingkat dengan168 bilik turut dibangunkan.

“Projek pembangunan berfasa, merangkumi 594 unit kediaman serta 190 unit komersial menawarkan pelbagai pilihan harga bermula dari RM418,000 bagi unit apartment manakala RM848,000 bagi unit komersial untuk Fasa 1 dan menjadikannya pilihan menarik untuk pelbagai golongan.

“Terletak di lokasi strategik, usaha UDA memantapkan aktiviti keusahawanan dan menggalakkan pemilikan hartanah selari dengan fokus penjenamaan UDA iaitu LIFE yang membawa maksud (‘Legacy’, ‘Integrated’, ‘Finesse’ dan ‘Enrich’) atau Legasi, Integrasi, Ketelitian dan Memperkasa dalam menyumbang ke arah kelestarian dan meneruskan legasi UDA seterusnya memperkasa ekonomi Madani,” ujarnya.

Justeru, UDA berharap kolaborasi ini dapat diteruskan untuk pembangunan di masa hadapan serta membuka peluang kerjasama antara agensi dan syarikat berkaitan kerajaan yang lain.

Terdahulu, Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Johari Tun Openg berkenan menyempurnakan Majlis Perasmian Penutup Karnival UDA 2024 di Tapak Projek Neu Pendington Kuching.

Turut hadir, Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Perancangan Ekonomi dan Pembangunan), Dato Sri Dr. Muhammad Abdullah Zaidel dan Timbalan Pengurus Besar Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC), Rakayah Hamdan .-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan