Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Pengarah Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), Rafael Grossi. Foto AFP

Kemudahan nuklear Iran tidak terjejas oleh serangan Israel – Ketua IAEA

ByBernama

LONDON, 27 Okt: Ketua Pengarah Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), Rafael Grossi mengesahkan bahawa kemudahan nuklear Iran tidak terjejas dalam serangan terbaharu Israel.

“Kemudahan nuklear Iran kekal tidak terjejas. Pemeriksa IAEA berada dalam keadaan selamat dan terus menjalankan tugas penting mereka.

“Saya menyeru agar berhati-hati dan tidak melakukan tindakan yang boleh menjejaskan keselamatan bahan nuklear dan bahan radioaktif lain,” kata Grossi menerusi platform media sosial X pada Sabtu malam, lapor Agensi Berita Republik Islam (IRNA).

Serangan udara Israel di wilayah Iran pada Sabtu mencetuskan kecaman global, menimbulkan kemarahan yang meluas serta gesaan yang mendesak untuk gencatan senjata segera.

Kerajaan di peringkat serantau dan antarabangsa mengecam serangan terbabit, menekankan ketegangan yang semakin meningkat di Timur Tengah. -TVS

Tags: IAEA, iran, israel

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan