Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Seri Huang Tiong Sii menyampaikan sumbangan bagi membantu menjayakan penganjuran Pesta PSKPP Peringkat Negeri di Sarikei sambil diperhatikan tetamu yang lain. Foto TVS

4,651 warga pendidik berkampung di Sarikei

SARIKEI, 27 Okt: Seramai 4,651 warga pendidik berkampung untuk memeriahkan Pesta Persatuan Sukan dan Kebudayaan Perkhidmatan Pelajaran (PSKPP) Peringkat Negeri, di sini, bermula 26 hingga 30 Oktober ini.

Edisi kali ini melibatkan sebanyak 30 acara yang berlangsung di 37 lokasi yang berasingan mengikut kategori masing-masing.

Pesta itu disifatkan sebagai medan terbaik golongan pendidik mengetengahkan bakat dalam setiap sukan dan kebudayaan yang dipertandingkan selain mengasah dan mempertingkatkan kemahiran masing-masing.

Majlis perasmiannya disempurnakan Timbalan Menteri Sumber Asli Dan Kelestarian Alam Datuk Seri Huang Tiong Sii, di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) St Anthony di sini, malam Sabtu.

Sehubungan itu, Tiong Sii dalam ucapannya berkata, pesta itu merupakan salah satu pencapaian ke arah menepati aspirasi program kerajaan seterusnya menyumbang kepada kesihatan, persefahaman dan sikap telorensi dalam kalangan peserta.

“Pendidikan dan sukan tidak dapat dipisahkan. Program 1 Murid 1 Sukan melahirkan generasi yang sihat, cergas, dan seimbang dari segi akademik dan kokurikulum.

“Justeru, saya menyeru kepada semua warga pendidik Sarawak agar pesta PSKPP ini bukan sahaja menjadi platform untuk mempamerkan bakat dalam bidang sukan dan kebudayaan, tetapi juga sebagai medan untuk memperkukuh kemahiran sukan dan kebudayaan,” katanya.

Pada majlis yang sama beliau turut menyumbang RM50,000 bagi membantu pelaksanaan dan kejayaan acara berkenaan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan