Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Rubiah Wang. Foto TVS

10 peratus pelajar tidak duduki SPM disebabkan gagal kuasai 3M

KOTA SAMARAHAN, 27 Okt: Lebih kurang 10 peratus pelajar yang tidak menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lalu adalah disebabkan kegagalan menguasai 3M iaitu membaca menulis dan mengira.

Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Rubiah Wang berkata, kemahiran asas itu penting dalam arus kemodenan hari ini yang bukan sahaja mengenai kemahiran 3M malah menjangkau kepada Kecerdasan Buatan (AI).

Ahli Parlimen Kota Samarahan itu turut melahirkan kebimbangan terhadap generasi muda buta huruf yang hanya mula dikesan ketika menduduki peperiksaan SPM.

“Tahun lepas, salah satu sebab keciciran pelajar mengambil peperiksaan SPM adalah disebabkan tidak boleh membaca dan menulis.

“Ini kerana sistem pendidikan hari ini tidak seperti yang sebelumnya, sebelumnya kita ada peperiksaan UPSR dan PMR tetapi kali ini mereka tidak perlu mengambil peperiksaan sehinggalah peperiksaan SPM.

“Anak pandai atau tidak (membaca dan menulis), kedua ibu bapa tidak tahu tetapi sistem pendidikan membenarkan selepas tamat darjah 6 masuk ke tingkatan 1, selepas tingkatan 3 masuk ke tingkatan 4 dan (seterusnya) tingkatan 5, baru memasuki peperiksaan (SPM),” katanya.

Rubiah berkata demikian dalalam ucapan penutupan Program Pengukuhan Literasi 3034, Peringkat Negeri Sarawak yang berlangsung di Dewan Masyarakat, Kampung Moyan Laut pada Ahad.

Rubiah turut menjelaskan kepentingan 3M penting kepada semua lapisan masyarakat termasuk masyarakat luar bandar dalam usaha mencari peluang pekerjaan, meningkatkan keyakinan diri atau mengelak daripada menjadi mangsa penipuan.

Justeru beliau menyambut baik usaha yang dilakukan Jabatan Kemajuan Luar Bandar (KEMAS) mewujudkan kelas literasi kepada masyarakat luar bandar di Sarawak bermula dari tahun 1963 sebagai satu usaha meningkat pembangunan modal insan dikalangan golongan itu.

Menurutnya, kajian yang dilakukan oleh UNESCO pada tahun 2022 mendapati terdapat seramai 770 juta penduduk di dunia yang buta huruf dengan 2 per 3 atau 513 juta darinya terdiri dari golongan wanita.

“Dalam usaha mendidik anak-anak kita di dalam dunia teknologi dan digital pada hari ini, apabila anak-anak kita menyebut (huruf) A, kita juga harus tahu mengenai A tersebut,

“Kita perlu sama-sama menguasai, meningkatkan ilmu dan jati diri untuk memastikan kemajuan diri, keluarga dan masyarakat lebih baik dari dahulu sehingga pada masa ini,” ujarnya.

Hadir sama Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan dan Pembangunan) KEMAS, Rafea’ah Nahar, Pengarah KEMAS Negeri Sarawak, Anisah Saidin dan Timbalan Residen Bahagian Samarahan, Rais Ahmat-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan