Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Lee Zii Jia kini bersedia untuk kembali dan berusaha mencapai kejayaan pada kejohanan World Tour Finals (WTF) 2024. Foto fail TVS

Zii Jia teruskan misi ke WTF 2024 di Hangzhou

ByBernama

PETALING JAYA, 26 Okt: Selepas pulih daripada kecederaan, pemain perseorangan badminton profesional, Lee Zii Jia kini bersedia untuk kembali dan berusaha mencapai kejayaan pada kejohanan World Tour Finals (WTF) 2024 yang akan berlangsung dari 11 hingga 15 Dis di Hangzhou, China.

Pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Paris 2024 itu berharap dapat memperkukuhkan kedudukannya dalam dua kejohanan terakhir sebelum mencapai kejohanan kemuncak di Gimnasium Pusat Sukan Olimpik Hangzhou, yang menawarkan hadiah wang keseluruhan bernilai USD2.5 juta (RM10.8 juta).

“Saya ada dua kejohanan lagi iaitu Japan Masters 2024 dan seterusnya China Masters 2024. Sudah tentu saya akan cuba yang terbaik untuk layak ke WTF,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Penyampaian Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM) bagi Sukan Olimpik dan Paralimpik Paris 2024, malam tadi.

Zii Jia kini menduduki ranking kelima dalam senarai kelayakan WTF 2024 dengan 69,900 mata.

Hanya lapan pemain terbaik bagi semua kategori (perseorangan dan beregu) layak ke WTF 2024, dengan setiap negara dibenarkan menghantar maksimum dua wakil.

Minggu lepas, pemain ranking ketujuh dunia itu terpaksa menarik diri daripada Terbuka Denmark 2024 di Odense akibat kecederaan buku lali selepas tewas kepada pemain Jepun, Koki Watanabe dengan keputusan 15-21, 21-13, 12-21 dalam Terbuka Artik 2024 di Vantaa, Finland.

Dalam pada itu, Zii Jia, yang berasal dari Kedah, meluahkan rasa syukur setelah menerima RM100,000 daripada SHAKAM atas kejayaan meraih pingat gangsa menewaskan pemain India Lakshya Sen, 13-21, 21-16, 21-11, di Paris 2024 pada Ogos lepas. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan