Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang wanita warga emas ditemui selamat tanpa sebarang kecederaan di kawasan kebun selepas dilaporkan hilang di Rumah Panjang Sengkuang Hilir, Undup Batu Lintang, Sri Aman semalam. Foto JBPM

Wanita warga emas dilaporkan hilang ditemui selamat di kawasan kebun

SRI AMAN, 26 Okt: Seorang wanita warga emas yang dilaporkan hilang di Rumah Panjang Sengkuang Hilir, Undup Batu Lintang di sini semalam, ditemui selamat tanpa sebarang kecederaan di kawasan kebun hari ini.

Komander Operasi, Mohamad Fadhli Buyong berkata, mangsa Muri Ngun, 83, dijumpai orang awam pada jam 7.30 pagi tadi.

“Mangsa telah dijumpai selamat di lokasi kebun anggaran 200 meter dari rumah panjang di mana mangsa tinggal dan status mangsa dalam keadaan baik serta tiada mengalami sebarang kecederaan.

“Mangsa telah diserahkan kepada ahli keluarga dan tiada keperluan rawatan diperlukan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, pihak Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sri Aman menerima panggilan berhubung kes itu jam 11.30 malam tadi.

“Mangsa dilaporkan telah keluar dari rumah pada jam 11 pagi Jumaat dan belum balik ke rumah sebelum ahli keluarga bertindak membuat laporan polis.

“Dengan penemuan mangsa operasi menerai dan menyelamat (SAR) ditamatkan pada jam 9 pagi ini,” ujarnya.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan