SARATOK, 26 Okt: Tiga cedera selepas dua kenderaan bertembung di hadapan Pejabat Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) di sini, pagi tadi.
Komander Operasi, Yusof Tamin berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kes itu jam 7.36 pagi dengan menggerakkan sembilan anggota Bălai Bomba dan Penyelamat (BBP) Saratok ke lokasi kejadian.
“Kemalangan melibatkan dua buah kenderaan jenis Toyota Hilux dan Perodua Kancil telah bertembung dari arah hadapan.
“Anggota telah bertindak mengeluarkan tiga orang mangsa terdiri daripada seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun dan dua lelaki berusia 33 dan 70 tahun terperangkap di dalam kenderaan Perodua Kancil dengan menggunakan peralatan RTA Rescue Tool dalam jentera,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya, pemandu Toyota Hilux berusia 56 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian itu,
“Kesemua mangsa telah diserahkan kepada ambulans hospital dan Unit EMRS bagi dihantar ke Hospital Saratok untuk mendapatkan rawatan,” ujarnya. – TVS