Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Teater Persiapan Seorang Aktor karya Saat Omar dan arahan Syahrul Musa bakal dipentaskan di Panggung Eksperimen Fakulti Seni Gunaan Kreatif Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)

Teater Persiapan Seorang Aktor kini di UNIMAS

KUCHING, 26 Okt: Teater Persiapan Seorang Aktor karya Saat Omar dan arahan Syahrul Musa bakal dipentaskan di Panggung Eksperimen Fakulti Seni Gunaan Kreatif Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dari 25 hingga 27 Oktober.

Pementasan tersebut dianjurkan Semarak Kreatif Sdn Bhd yang merupakan syarikat spin-off UNIMAS dengan kerjasama dan sokongan Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak.

Teater tersebut mengisahkan perjalanan Saddiq Saufi yang merupakan seorang pelakon yang obses dengan seni lakonan.

Sebagai individu yang mendalami ilmu lakonan, dia berusaha mencari kesempurnaan dalam setiap persembahannya dengan harapan untuk melebihi mana-mana pelakon hebat di dunia.

Namun obsesi Saddiq yang dilakonkan oleh Firdaus Karim menjadi tekanan dan beban yang berat sehingga dia keliru dengan apa sebenarnya yang dicari tanpa menyedari bahawa isterinya Nina lakonan Fazleena Hishamuddin sentiasa menjadi tulang belakang yang setia di sisinya.

Cerita ini sarat dengan pelbagai emosi ada kisah cinta, kisah sedih dan tidak lupa juga detik yang mengundang gelak ketawa.

Di sebalik impian Saddiq untuk menjadi pelakon terhebat, penonton akan dibawa menyelami konflik dalaman dan dilema moral yang dihadapinya serta apa yang dia perlu korbankan untuk mengejar sesuatu yang mungkin di luar jangkauannya.

Lakonan Fazleena dan Firdaus yang dijangka akan menghidupkan naskah ini dan membuatkan penonton bukan sahaja terhibur,malah merenung kembali kepada erti pengorbanan dan harga yang perlu dibayar dalam mengejar impian menjadi seorang pelakon.

Teater ini menerima pujian yang meluas ketika dipentaskan di Kuala Lumpur awal tahun ini dan mendapat gelaran sebagai teater wajib tonton untuk tahun 2024.

Di bawah arahan Syahrul Musa seorang ahli akademik dan penggiat teater, persiapan seorang aktor ini pastinya bakal dihidupkan untuk membuat penonton merasai dan menyelusuri dunia seorang aktor.

Pementasan selama tiga malam ini dijangka menarik perhatian bukan sahaja penggemar teater, tetapi juga mereka yang baru ingin mengenali dunia seni pentas.

Dengan harga tiket yang berpatutan, RM30.00 untuk orang awam dan RM15.00 untuk pelajar, ini adalah peluang terbaik untuk menikmati sebuah karya seni yang penuh makna, menyentuh perasaan dan sarat dengan pengajaran.

Penonton dijemput untuk merasai sendiri pengalaman teater yang pasti meninggalkan kesan dan tidak akan dilupakan. Untuk maklumat lanjut atau tempahan tiket, sila hubungi Nur Syamimi di 013-7688210 atau Izavel di 019-8733813.

Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan teater  ini yang bakal memberikan pengalaman yang akan diingati oleh setiap penonton. Untuk maklumat lanjut atau tempahan tiket, sila hubungi Nur Syamimi di 013-7688210 atau Izavel di 019-8733813.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan