Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Abang Shibli menyampaikan bantuan kepada Pejabat Residen Bahagian Sarikei dan simbolik penyerahan Bantuan Meal Ready to Eat (MRE) sempena Program Sehari Bersama Baitulmal -Bicara Wakaf di Sarikei pada Sabtu. Foto Tabung Baitulmal Sarawak

TBS agih RM82.29 juta kepada asnaf layak setakat 30 September

SARIKEI, 26 Okt: Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) mengagihkan sejumlah RM82.29 juta kepada asnaf yang layak melalui empat program utamanya sejak Januari hingga 30 September tahun ini.

Pengurus Besar TBS, Datu Abang Mohd Shibli Abang Mohd Naille berkata, program itu ialah Mengukuhkan Tradisi Keilmuan, Membangunkan Institusi Islam, Memantapkan Kebajikan Ummah dan Peningkatan Kemahiran Ummah.

“Serentak dengan majlis ini, kita turut mengagihkan bantuan kepada Pejabat Residen Bahagian Sarikei dan simbolik penyerahan Bantuan Meal Ready to Eat (MRE) kepada wakil Pengarah Institut Perguruan Rajang serta Pengurus Giatmara Sarikei di bawah Program Memantapkan Institusi Islam,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Program Sehari Bersama Baitulmal – Bicara Wakaf di Masjid Al-Muttaqin di sini, hari ini.

Dalam pada itu beliau turut menyempurnakan agihan bantuan sambil disaksikan oleh wakil JAWHAR.

Program anjuran bersama JAWHAR itu bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat berhubung dengan pengendalian urusan dan pentadbiran wakaf di Sarawak yang dilaksanakan oleh TBS.

Penganjurannya bermatlamat memastikan masyarakat Islam lebih memahami kelebihan amalan berwakaf.

Hadir sama  Timbalan Pengurus Besar TBS, Bolhassan Iskandar Taibi, Ketua Sektor Kewangan dan Pentadbiran, Sulaiman Mahili, Ketua Sektor Pembangunan dan Wakaf, Abg Faisal Abg Marzuki, Timbalan Ketua Sektor Kewangan dan Pentadbiran Iskandar Allan dan Timbalan Ketua Sektor Operasi, Mohd Yusree Mohd Zain. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan