Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Dr. Penguang Manggil megawatt pameran yang diadakan sempena Program MyLesen B2 Peringkat Marudi. Foto JPJ Sarawak

Seramai 525 individu sertai Program MyLesen B2 Peringkat Marudi

MARUDI, 26 Okt: Seramai 525  individu berusia 16 tahun ke atas daripada kumpulan B40 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Marudi telah menerima lesen memandu kelas B2 (motosikal) di bawah Program MyLesen B2 Peringkat Marudi yang diadakan di Dewan Masyarakat Beluru.

Majlis itu dihadiri Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (Kerajaan Tempatan) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Marudi, Datuk Dr. Penguang Manggil.

Berucap di majlis itu, katanya, inisiatif ini merupakan salah satu usaha kerajaan untuk mendidik dan memberi kesedaran kepada para penerima agar mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya.

“Pembudayaan keselamatan jalan raya penting bagi keselamatan pengguna jalan raya sendiri.

“Melalui program ini dapati mendedahkan masyarakat peraturan semasa di jalan raya seterusnya melahirkan penunggang motosikal yang kompeten dan selamat,” katanya.

Hadir sama ialah Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Sarawak, Norizan Jili, Ketua Cawangan JPJ Miri, Fifi Suhesty Asmuni, Pegawai Pejabat Daerah Beluru, Charles Aloysius Lisu dan Ketua Polis Daerah Marudi, DSP Aizan Mohd Jamil. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan