Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Sarawak Metro berusaha selesai isu gangguan bekalan air di sepanjang Lebuhraya Kuching-Samarahan

ByAsmah Adenan

KUCHING, 26 Okt: Beberapa kawasan di sepanjang Lebuhraya Kuching-Samarahan mengalami gangguan bekalan air.

Kenyataan yang dikeluarkan Sarawak Metro Sdn Bhd (Sarawak Metro) hari ini menyatakan punca berlakunya permasalahan tersebut adalah kerana terdapat paip air yang rosak akibat kerja-kerja pemindahan utiliti oleh sub-kontraktor bagi pembinaan projek Laluan Biru Sistem Pengangkutan Bandar Kuching (KUTS).

“Sarawak Metro bekerjasama rapat dengan Lembaga Air Kuching (LAK) dan kontraktornya bagi menyelesaikan isu gangguan bekalan air yang menjejaskan beberapa kawasan di sepanjang Lebuhraya Kuching-Samarahan.

“Kita (Sarawak Metro) juga akan memberikan kerjasama penuh kepada LAK dan kontraktornya untuk terus menjalankan kerja-kerja pembaikan paip air yang rosak.

“Sarawak Metro dengan tulus ikhlas memohon maaf atas kesulitan yang berlaku dan akan berusaha sedaya upaya untuk memulihkan sepenuhnya bekalan air secepat mungkin,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan