Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Abang Johari berucap di Majlis Penyampaian Anugerah Konvensyen Inovasi Perkhidmatan Awam Sarawak (SCSICA) 2024, di sebuah hotel terkemuka di sini, hari ini. Foto Ahmad Nasrullah (TVS)

Sarawak kaji kemungkinan wujudkan dana persaraan penjawat awam negeri

KUCHING, 26 Okt: Kerajaan Sarawak sedang mengkaji kemungkinan untuk menubuhkan dana pencen bagi persaraan penjawat awam negeri di bawah skim Jawatan Berasaskan Caruman (JBC).

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, persaraan cara baharu itu adalah selaras dengan perubahan inovatif struktur perkhidmatan awam dalam keadaan ekonomi negeri yang sedang bergerak ke arah industri berteknologi tinggi.

“Saya tahu kerja semakin meningkat, sebab itu saya minta Setiausaha Kerajaan Negeri untuk menstruktur semula sektor perkhidmatan awam kita.

“Kita tidak perlu bergantung semata-mata pada skim pencen, sebaliknya kita menggunakan pendekatan baharu untuk bersara.

“Justeru, buat masa ini Kerajaan Negeri sedang mengkaji sama ada JBC, kita tubuhkan dana pencen sendiri atau bekerjasama dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP),” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyampaian Anugerah Konvensyen Inovasi Perkhidmatan Awam Sarawak (SCSICA) 2024 di sini malam tadi.

Menurutnya, langkah tersebut adalah untuk memodenkan perkhidmatan, di samping memastikan penetapan kadar gaji penjawat awam negeri ini adalah kompetitif berbanding nilai pasaran.

“Dengan langkah baharu ini, kita boleh menaikkan kadar gaji yang kini rendah. Gaji baharu kelak akan tinggi.

“Sekarang gaji teruk, kesian saya melihat semua penjawat awam.

“Kita hendak menaikkan gaji tetapi tidak boleh kerana kekangan undang-undang semasa,” jelasnya.

Untuk makluman, bermula tahun ini, semua kakitangan awam baharu Sarawak akan diambil di bawah skim JBC.

Ini bermakna mereka akan mencarum dan tidak menerima pencen bulanan selepas bersara sebagai langkah mengurangkan tanggungan kewangan kerajaan dan memodenkan perkhidmatan negeri.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan