Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pemandangan dari atas ini menunjukkan rumah ditenggelami banjir akibat hujan lebat yang dibawa oleh Ribut Tropika Trami di Bandar Tuguegarao, wilayah Cagayan pada 25 Oktober 2024. Foto AFP

Ribut Tropika Kristine ragut 81 nyawa di Filipina

ByBernama

MANILA, 26 Okt: Pejabat Pertahanan Awam (OCD) di Filipina melaporkan 81 kematian akibat kesan dahsyat Ribut Tropika Kristine (Trami) yang melanda pelbagai kawasan di dalam negara minggu ini.

Menurut Agensi Berita Filipina (PNA), Pentadbir OCD, Setiausaha Rendah Ariel Nepomuceno berkata angka ini masih “tertakluk kepada pengesahan” untuk menentukan sama ada kematian mangsa berkaitan secara langsung dengan ribut itu.

“Sebanyak 81 kematian dilaporkan oleh pejabat wilayah kami. Angka itu akan disahkan oleh Polis Nasional Filipina (PNP) yang kemudiannya akan menyerahkannya kepada Jabatan Dalam Negeri dan Kerajaan Tempatan (DILG),” katanya.

Lebih separuh daripada jumlah korban dicatatkan di Wilayah Calabarzon dengan 48 kematian, diikuti Bicol, 28.

Berdasarkan data yang dikeluarkan OCD, sekurang-kurangnya dua kematian dilaporkan di Wilayah Cordillera, satu di Ilocos, satu di Luzon Tengah, dan satu di Semenanjung Zamboanga.

Bilangan individu yang hilang telah meningkat kepada 34, dengan kebanyakannya dipercayai terperangkap akibat tanah runtuh.

“Semoga kami masih dapat mengesan mereka, tetapi ramai mungkin menjadi mangsa tanah runtuh,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan