Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA), Zainal Abidin Abdullah berucap semasa Pertandingan Golf PUSAKA 2024 di Kelab Golf Sarawak (KGS) di Kuching pada Sabtu. Foto TVS

Pertandingan Golf PUSAKA kukuh hubungan pemain industri perkayuan

KUCHING, 26 Okt: Pertandingan Golf PUSAKA 2024 berperanan sebagai platform mengeratkan silaturahim dalam kalangan pemain industri perkayuan di Sarawak.

Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA), Zainal Abidin Abdullah berkata, pertandingan tahun ini mendapat sambutan daripada 244 peserta dari pelbagai kategori.

Menurutnya beliau percaya dengan semangat kesukanan yang tinggi akan meraih manfaat dari segi persahabatan dan kerjasama lebih erat pada masa hadapan.

“Saya difahamkan hari ini terdapat kira-kira 244 penyertaan dan terima kasih untuk semua kategori termasuk VIP, tetamu jemputan, wanita dan terbuka kategori.

“Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang menyokong golf pada tahun ini dengan prestasi yang baik,” katanya.

Beliau berucap semasa pada Pertandingan Golf PUSAKA 2024 di Kelab Golf Sarawak (KGS) di Kuching pada Sabtu.

Tahun ini merupakan anjuran edisi yang ke-30 PUSAKA Golf dengan melibatkan pemain industri perkayuan di Sarawak termasuk agensi, anak-anak syarikat dan pemain industri.– TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan