Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Julaihi (tengah), Rubiah (kanan) dan Hamzah (kiri) ketika sidang media hari ini. Foto TVS

Percepatkan pembinaan dua tangki air aras tinggi di Stakan

KOTA SAMARAHAN, 26 Okt: Pembinaan dua tangki air aras tinggi (HLT) di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Stakan perlu dipercepatkan dari tempoh asal iaitu 24 bulan kepada 12 bulan.

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Dato Sri Julaihi Narawi berkata, beliau meminta Jabatan Tanah dan Survei untuk memberikan kelulusan segera terhadap permohonan dua tapak bagi mendirikan tangki air aras tinggi tersebut di kawasan DUN Stakan.

Menurutnya, pembinaan tangki air tersebut mendapat kelulusan Kerajaan Sarawak dengan kos RM 30.5 juta di bawah Lembaga Air Kuching (LAK) dengan kapasiti 4.5 ML.

“Saya minta tadi dipercepatkan, fast track dalam masa 12 bulan disiapkan

“Walaupun saya tahu pada asalnya dijangka siap 24 bulan tetapi saya minta supaya dipercepat dan dipendekkan menjadi 12 bulan kerana keperluan yang amat serius untuk bekalan air dikawasan ini (Stakan).

“Pada masa sama kita bersetuju untuk mengenal pasti beberapa tapak untuk diletakkan tangki air sementara di DUN Stakan supaya dapat membekalkan air untuk kawasan ini,” katanya.

Julaihi berkata demikian pada sidang media Lawatan Kerja Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi ke Stakan yang berlangsung di Auditorium Kampus Institut Kemajuan Desa (INFRA) di Samarahan pada Sabtu.

Pada masa sama, Julaihi meminta Ahli Parlimen Kota Samarahan, Datuk Rubiah Wang dan ADUN Stakan, Datuk Hamzah Brahim bersama Pejabat Residen Bahagian Samarahan dan Lemabaga Air Kuching (LAK) untuk mengenal pasti tapak sesuai bagi meletakkan tangki air sementara untuk kegunaan penduduk di Stakan

Menurutnya, pertambahan penduduk di kawasan tersebut turut dikenal pasti antara punca masalah tekanan air di kawasan tersebut.

“Penyelesaian jangka panjang adalah dengan mendirikan dua tangki aras tinggi bagi memastikan bekalanm mencukupi untuk isi rumah di Stakan,” ujarnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan