Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang pemuda dikhuatiri lemas selepas jatuh sungai di Jalan Sungai Ngigu, Bintulu, malam ini. Foto JBPM

Pemuda dikhuatiri lemas jatuh sungai

BINTULU, 26 Okt: Seorang pemuda dikhuatiri lemas selepas jatuh sungai di Jalan Sungai Ngigu di sini, malam ini.

Komander Operasi, Shukri Salleh, pihaknya menerima panggilan berhubung kes itu jam 7.43 malam dengan menggerakkan 11 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu ke lokasi kejadian.

“Menurut maklumat awal, mangsa Ilron Dennis,21 dikatakan telah terjatuh ke dalam sungai di antara jeti dan tongkang pasir berhampiran jeti.

“Setibanya di lokasi, pihak bomba hanya mendapatkan maklumat mangsa dan tiada operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan memandangkan keadaan lokasi gelap serta air pasang dan arus sungai yang deras,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, setelah berbincang dengan pihak polis, operasi SAR akan dimulakan pada keesokan hari bersama dengan unit Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) BBP Bintulu.

“Pihak bomba turut membuka Pusat Kawalan Bomba (PKB)di lokasi kejadian,” ujarnya -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan