Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pekerja warga tempatan maut dipercayai terkena besi yang terpelanting dari alat gerudi. Foto Multilex

Pekerja maut selepas terkena besi alat gerudi tanah

KOTA KINABALU, 26 Okt: Seorang pekerja maut selepas terkena besi alat gerudi tanah yang dipercayai terpelanting dalam kejadian di Jalan Sulaman, di sini, petang tadi.

Dalam insiden kira-kira jam 3.30 petang itu, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala seorang lagi rakannya turut mengalami kecederaan.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Kasim Muda berkata, ketika kejadian, mangsa dilaporkan sedang melakukan kerja pemasangan paip bersama beberapa rakan sekerja lain.

Bagaimanapun katanya, dua pekerja warga tempatan terbabit cedera selepas terkena besi dari alat gerudi.

“Kedua-dua mangsa berusia lingkungan 20-an dan 30-an dipercayai sedang menjalankan kerja pemasangan paip bersama beberapa pekerja lain.

“Seorang mangsa disahkan meninggal dunia oleh petugas hospital yang turut hadir membantu di lokasi kejadian,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Kasim berkata, seorang lagi mangsa yang cedera dihantar ke hospital menggunakan ambulans untuk rawatan lanjut.

“Siasatan lanjut masih dijalankan dan setakat ini, kes diklasifikasikan sebagai kes kematian mengejut (SDR),” ujarnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan