Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg merasmikan Regata Perahu Naga Antarabangsa Sarawak dan Sarawak Regatta 2024 di Tebingan Kuching hari ini. Foto Alex Teo (TVS)

Pasukan negara luar minat lumba perahu di Sarawak

KUCHING, 26 Okt: Regata Perahu Naga Antarabangsa Sarawak dan Sarawak Regatta mendapat penyertaan memberangsangkan dari pasukan negara luar.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, pesta sukan air tersebut berjaya menarik 61 pasukan luar.

Menurutnya, banyak negara menyatakan hasrat untuk menyertai pesta tersebut namun disebabkan beberapa kekangan maka mereka terpaksa menangguhkan hasrat.

“Sebenarnya banyak negara mahu menyertai International Dragon Boat, tetapi disebabkan kekangan ruang, kita terpaksa menerima separuh pasukan sahaja.

“Sebanyak 61 pasukan dari 21 negara menyertai perlumbaan ini dengan melibatkan 1,872 pengkayuh,” katanya pada sidang media sempena Majlis Perasmian Sarawak Regatta – Festival Tebingan Kuching di sini, hari ini.

Negara terlibat terdiri daripada England, Ireland, Kanada, Rusia, Kazakhstan, Mongolia, Qatar, Jepun, Cyprus, Indonesia, Taiwan, Sepanyol, Hong Kong, China, Singapura, Brunei, Thailand, Filipina termasuk Malaysia (Sarawak, Sabah, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur).

Regata Sarawak 2024 bermula 25 Oktober hingga 3 November di Tebingan Kuching.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan