Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pengasas MahsuriShark Gallery, Mahsuri Sharkawi bersama-sama Pengerusi Kumpulan Kesihatan UCSI, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah pada perasmian pameran seni solonya, di Dorsett Grand Subang. Foto Amirah Shawel (TVS)

MahsuriShark bakal kembangkan sayap ke Singapura

ByAmirah Shawel

SUBANG JAYA, 26 Okt: MahsuriShark Gallery memberi bayangan awal akan mengembangkan sayapnya ke Singapura dan menjalinkan kerjasama dengan beberapa pusat kesihatan di negara republik itu.

Artis seni lukis terkemuka berasal dari Sarawak, Mahsuri Sharkawi berkata, beliau berhasrat mempamerkan karya seni lukisan di klinik-klinik kesihatan di Singapura, seperti yang dilakukan di Hospital UCSI Springhill di Port Dickson ketika ini.

“MahsuriShark ingin melaksanakannya dalam skala kecil di klinik-klinik kesihatan di Singapura dan mungkin tidak di hospital besar seperti di UCSI.

“Kami akan mengumumkannya kelak, tetapi kami cuba bekerjasama dengan pihak berkaitan yang akan memberi manfaat kepada kedua-dua pihak,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada TVS pada Pameran Seni Solo MahsuriShark di Dorsett Grand Subang, di sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi Kumpulan Kesihatan UCSI, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Mahsuri berkata, pihaknya juga sedang bekerjasama dengan beberapa jenama fesyen Indonesia seperti House of Hasto dan Kekean untuk menghasilkan koleksi rekaan fesyen.

“Kami bekerjasama dan belajar daripada jenama fesyen ini kerana mereka memiliki modal (perniagaan) yang sangat baik, malah mereka juga bekerjasama dengan sekolah vokasional di Indonesia,” katanya lagi.

Tambahnya, MahsuriShark bersedia untuk berkolaborasi dengan mana-mana pihak untuk menjalinkan urusan perniagaan bersama. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan