Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Acara yang berlangsung pada 26 Oktober 2024 bertempat di Kampung Long Latei, Apoh, Telang Usan, Sarawak menarik penyertaan hampir 1,000 masyarakat setempat. Foto Salasiah Safian (TVS)

Karnival sukan luar bandar Kampung Telang Usan tarik 1,000 peserta

BySalasiah Safian

LONG LATEI, 26 Okt: Pusat Belia Antarabangsa (IYC) dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Persatuan Gerakan Kemanusiaan Malaysia (MyHumanitarian) menganjurkan Karnival Sukan Luar Bandar Kampung Telang Usan bersempena Projek Kampung Angkat MADANI.

Acara yang berlangsung pada 26 Oktober bertempat di Kampung Long Latei, Apoh, Telang Usan, Sarawak menarik penyertaan hampir 1,000 masyarakat setempat.

Menurut Pusat Belia Antarabangsa dalam satu kenyataan, karnival tersebut bertujuan membudayakan gaya hidup sihat dalam kalangan komuniti luar bandar sejajar dengan hasrat Kerajaan MADANI serta Matlamat Pembangunan Mampan (SDG).

Di samping menyemarakkan semangat kesukanan, program tersebut diadakan bersempena sambutan Hari Sukan Negara (HSN) 2024 dan menyatukan perpaduan antara masyarakat khususnya golongan belia.

Pelbagai acara sukan diadakan iaitu bola tampar, sepak takraw dan street soccer manakala acara sukan rakyat pula seperti menyumpit, lari dalam guni, panjat tiang licin dan Telang Usan Eco Run.

Acara larian santai tersebut dibahagikan kepada dua kategori iaitu 5KM (Terbuka) dan 1.5KM (Junior) yang memberi peluang kepada semua lapisan masyarakat menikmati keindahan alam semulajadi di kawasan ini.

Selain itu, pengunjung boleh mendapatkan pelbagai maklumat melalui pameran dan perkhidmatan daripada agensi kerajaan, jualan produk tempatan, serta menyaksikan persembahan kebudayaan yang mengetengahkan bakat artis tempatan Sarawak.

Acara kemuncak pada sebelah malam akan dimeriahkan dengan persembahan artis tempatan, pertunjukan bunga api dan cabutan bertuah.

Karnival Sukan Kampung Telang Usan merupakan sebahagian daripada Projek Kampung Angkat MADANI bertujuan untuk membangunkan potensi belia dan menggalakkan gaya hidup aktif dalam kalangan masyarakat luar bandar.

Lokasi acara, Kampung Long Latei yang mempunyai hampir 500 penduduk daripada kaum Penan menjadi simbol keutuhan dan kekayaan budaya unik di Sarawak. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan