Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Julaihi melawat kawasan paip pecah. Foto TVS

Julaihi arah segerakan penyambungan bekalan air

KOTA SAMARAHAN, 26 Okt: Gangguan bekalan air di beberapa kawasan sekitar Samarahan pagi tadi disebabkan saluran paip Ductile Iron (DI) bersaiz 600 mm yang pecah selepas ditembusi mesin gerudi Horizotol Directional Drilling (HDD) ketika melakukan kerja mengorek di laluan pembinaan sistem Aliran Transit Automasi (ART), Lebuh Raya Kuching-Samarahan oleh syarikat subkontrator di bawah Sarawak Metro Sdn Bhd berdekatan Pasar raya Everwin Samarahan.

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Dato Sri Julaihi Narawi berkata, beliau menghubungi dan meminta syarikat kontraktor terbabit untuk menyegerakan kerja pembaikan paip tersebut supaya bekalan asas itu tidak terputus lebih lama sekali gus menjejaskan keperluan asas isi rumah.

Menurutnya, kegagalan dalam menyegerakan pembaikan saluran paip tersebut akan menyebabkan beberapa kawasan di Stakan mengalami masalah tekanan air.

“Saya mohon kepada kontraktor yang berkaitan (selepas ini) lebih berhati-hati apabila melakukan kerja di laluan yang diperuntukkan untuk ART supaya tidak merosakkan saluran paip bekalan air kerana apabila berlaku kerosakan kepada paip agihan kami, kesannya adalah amat besar sekali

“Mungkin masyarakat di luar sana tidak mengetahui mengapa bekalan air terjejas, mungkin mereka melihat (menyalahkan) Lembaga Air Kuching, tetapi ianya berlaku disebabkan oleh kerja-kerja pihak ketiga dibawah pengawasan Sarawak Metro Sdn Bhd

“Saya minta ketika mereka sedang menjalankan tugas (melakukan kerja mengorek) agar dapat menghubungi Lembaga Air Kuching atau agensi lain berkaitan supaya dapat benar-benar mengenal pasti di mana letakkan saluran paip yang berada (didalam tanah) di laluan tersebut, “katanya.

Julaihi berkata demikian pada sidang media selepas mendengar taklimat dalam satu sesi Lawatan Kerja Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi ke Stakan yang berlangsung di Auditorium Kampus Institut Kemajuan Desa (INFRA) di Samarahan pada Sabtu.

Untuk memastikan bekalan air kepada penduduk tidak terputus bekalan air ketika kerja pembaikan dilakukan, Julaihi telah mengarahkan 8 lori tangki air, 6 dari Lembaga Air Kuching (LAK) dan 2 dari Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) digerakkan 24 jam ke kawasan terjejas.

Jelasnya, sekiranya tidak mencukupi, kementeriannya akan mendapatkan lori tangki dari pihak lain selain meletakkan di beberapa kawasan strategik bagi memudahkan penduduk mendapatkan bekalan tersebut

Antara kawasan yang terjejas adalah Taman Samarindah, Uni Garden dan Uni Vista.

Hadir sama dalam sidang media tersebut Ahli Parlimen Kota Samarahan Datuk Rubiah Wang dan ADUN Stakan, Datuk Hamzah Brahim-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan