Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abdul Halim merasmikan Istiadat Konvokesyen ke-16 ILKBS di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Miri hari ini. Foto Faisal Rambli

IKBN pastikan graduan sedia hadapi cabaran alam pekerjaan

ByTasha Jenkins Likan Anak Siti

MIRI, 26 Okt: Instititut Kemahiran Belia Negara (IKBN) akan memastikan setiap pelajar keluarannya bersedia menghadapi cabaran dunia pekerjaan.

Latihan ditawarkan menumpukan kepada 80 peratus kemahiran praktikal serta 20 peratus pembangunan sahsiah diri selari dengan objektif Kementerian Belia dan Sukan untuk melahirkan tenaga kerja berdaya saing dan berdisiplin.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan Adam Adli Abdul Halim berkata, kebolehpasaran graduan IKBN tahun 2023 pada kadar 95.92 peratus dengan purata pendapatan bulanan RM2,019.

“Ini menunjukkan pencapaian cemerlang dan Kementerian Belia dan Sukan akan terus memastikan latihan berkualiti agar graduan ILKBS lebih kompeten dan mendapat permintaan tinggi dalam industri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Istiadat Konvokesyen ke-16 IKBN Miri bertemakan Graduan IKLBS: Menepati Keperluan Industri di sini, pada Sabtu.

Pada masa sama, Adam memuji dua wakil Institut Latihan Kemahiran Kementerian Belia dan Sukan (ILKBS) yang berjaya menyertai WorldSkills Competition 2024 di New York dan Paris dari 10 hingga 15 September sekali gus membawa nama Malaysia ke persada dunia.

“Ini adalah pencapaian yang membanggakan dan membuktikan graduan ILKBS mampu bersaing di peringkat dunia,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan