Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Panglima Medan Timur Tentera Darat (PMT TD), Leftenan Jeneral Dato' Mohd Sofi Md Lepi telah turun padang ke lokasi pelaksanaan Eksesais HARINGAROO Siri 74/2024 di Sibu sebagai inisiatif memperkasa sinergi pertahanan bilateral antara Malaysia dan Australia. Foto ATM

Eksesais HARINGAROO: Perkukuh kerjasama pertahanan Malaysia- Australia

SIBU, 26 Okt: Panglima Medan Timur Tentera Darat (PMT TD), Leftenan Jeneral Dato’ Mohd Sofi Md Lepi telah turun padang ke lokasi pelaksanaan Eksesais HARINGAROO Siri 74/2024 di sini, sebagai inisiatif memperkasa sinergi pertahanan bilateral antara Malaysia dan Australia.

Diiringi Panglima 9 Briged, Brigedier Jeneral Ahmad Norzaini Badrun, PMT TD telah menegaskan komitmen terhadap kesiapsiagaan, aturgerak dan mobiliti kedua-dua ketumbukan.

“Eksesais HARINGAROO berfungsi sebagai platform strategik bagi melonjakkan interoperabiliti dan hubungan bilateral. Ia merupakan katalis yang membolehkan pertukaran kepakaran dan meningkatkan profesionalisme dalam menghadapi cabaran keselamatan global terutamanya di Sarawak dan Sabah,” katanya.

Lawatan dimulakan dengan taklimat Pegawai Memerintah Batalion Ke-3 Rejimen Renjer Diraja (3 RRD), Leftenan Kolonel Majani Japon yang memperincikan mekanisme aturgerak latihan medan yang berlangsung dari 22 hingga 27 Oktober ini di kawasan Stapang – Nanga Sekuau.

PMT TD turut berinteraksi bersama anggota 3 RRD dan Rifle Company Butterworth – Tentera Darat Australia (RCB – TDA) bagi menilai pelaksanaan prosedur, konfigurasi dan pencapaian objektif eksesais.

Lawatan ke Hospital Medan kendalian Batalion Pertama Perubatan di Markas Kawalan 9 Bgd turut dilaksanakan bagi menegaskan kepentingan elemen perubatan di lapangan.

Pelaksanaan latihan ini menunjukkan kesiagaan Angkatan Tentera Malaysia khususnya Tentera Darat Malaysia dalam aturgerak operasi berskala besar, sejajar dengan spektrum ancaman geostrategik serantau. Ia juga memperkasa latihan bersepadu dalam memperkukuh kesiapsiagaan dan kedaulatan Wilayah Sarawak dan Sabah. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan