Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dua lelaki cedera selepas sebuah lori sampah terbabas dan terbalik di tepi jalan di Jalan Nyabau, berhadapan Hospital Bintulu hari ini. Foto JBPM

Dua lelaki cedera, lori sampah terbalik dalam kemalangan di Jalan Nyabau

BINTULU, 26 Okt: Dua lelaki cedera selepas sebuah lori sampah terbabas dan terbalik di tepi jalan di Jalan Nyabau, berhadapan Hospital Bintulu di sini, petang ini.

Komander Operasi, Shukri Salleh berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kes itu jam 3.23 petang dengan menggerakkan 14 anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kidurong dan BBP Bintulu ke lokasi kejadian.

“Kemalangan melibatkan sebuah lori sampah jenis Isuzu tiga tan telah terbabas ditepi jalan.

“Dua orang mangsa terlibat telah dikeluarkan oleh orang awam sebelum anggota tiba di lokasi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, mangsa yang terlibat telah dibawa oleh ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Hospital Bintulu bagi mendapatkan rawatan.

“Setelah memeriksa kenderaan yang terlibat dan memastikan keselamatan di lokasi kejadian, anggota bomba seterusnya berangkat balik ke balai,” ujarnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan